Monday, June 30, 2008

Mengapa anda digelar Playboy?




Adakah salah seorang lelaki yang mencari teman hidup yang sejati meninggalkan seorang perempuan yang sebelum ini dia dampingi?

setelah lama berkawan dengan perempuan tersebut, dan si lelaki mengetahui yang perempuan tersebut hanya main-main saja dengannya (Couple suka2)...maka lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut...dan mencari perempuan lain...yang pada hematnya untuk bersama hingga akhir hayat...namun...masyarakat memandang lelaki tersebut sebagai seorang yang Playboy...adalah patut lelaki itu digelar Playboy?

Adakah patut lelaki yang mencari cinta yang sejati itu digelar playboy? Adakah patut lelaki yang ingin mencari kebahagiaan sebegitu dianggap playboy? patutkah kita sebagai masyarakat sekeliling membuat tomahan tersebut...tanpa mengetahui hujung pangkalnya..patutkah?

Sakit Hati

Maaf kepada para pembaca sekalian...tajuk hari ini berkisar sedikit mengenai "Sakit Hati". Bukanlah niat saya ingin menjadikan blog ini sebagai diari hidup saya...namun diri ini terasa ingin menulis sedikit mengenai tajuk tersebut...

Entahla...saya sedikit konfius mungkin..."Sakit hati"..ya..hari ini saya sangat sakit hati. Sebabnya adalah kerana dua orang yang saya cukup kenali mungkin membincangkan mengenai diri saya. Saya tidak kisah kalau orang mengutuk saya dibelakang saya...namun saya sangat marah kalau kutukan atau apa-apa saja yang dibincangkan dibelakang saya kemudiannya cuba ditimbulkan didepan saya...namun apa yang ditimbulkan itu kabur...dan kekaburan tersebut menyebabkan saya membuat penilaian secara negatif.

Entahla...tapi saya sangat marah sebenarnya...sebabnya...mereka membuat saya berteka-teki...dan sudah tentu saya boleh membuat dua kesimpulan sama ada negatif atau pun positif...namun seperti yang kita tahu..manusia biasanya lebih mudah membuat kesimpulan yang negatif...

Jadi kepada mereka-mereka yang suka berbuat begitu kepada saya...cuba tolong hentikan...ianya mungkin menambahkan dosa saya..hehehehe..tolonglah...saya sangat tidak suka.

Thursday, June 26, 2008

Memilih...





Sebelum ini aku selalu saja memperli cik siti pasal kegagalan memilih...
mungkin sikit nakal aku ini..hehehehe..tapi sekarang...perkara GAGAL
MEMILIH itu seperti kena pada diri aku pula..entahla...terlalu banyak
perkara yang perlu dipilih...entahla...harap2 pilihan yang aku buat nanti
betul dan mendapat keredhaan dari yang Esa...Amin

Monday, June 23, 2008

Cuti hampir berakhir...Semester baru akan bermula

Mmmm...
Cuti hampir berakhir?..rasanya aku tak pernah cuti..hehehehe...
Mmmm...semester baru akan bermula pada 29 Jun ini dengan kemasukan adik-adik junior baru.
Pastinya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku nanti adalah sama dengan peristiwa-peristiwa pada tahun sebelum ini...cuma nama saja yang tak sama...dulu MMM...sekarang MMP (Minggu Mesra Pelajar)

Seperti biasa..kami barisan felo dan jaksa pasti akan pening sepanjang satu minggu ini...menguruskan kerenah adik-adik junior baru...yer..sudah pasti...Mmm..baju batik dah tempah...hehehehe...tak sabar nak pakai baju baru..hehehehe..

Harap MMP pada tahun nie berjalan dengan lancar dan tiada aral yang melintang..insyaallah...
Kat bawah nie ada disertakan kenangan semasa MMM pada tahun lepas..hehehehe..tengok la...



Tuesday, June 10, 2008

Kursus Jaksa 08/09

Alhamdullillah....Aku baru saja pulang dari Penang nie...berkursus sambil bercuti ke Pulau Jerejak..rezeki dapat melancong..dah lama aku tak melancong lepas ambil Master..mungkin tak de masa..hehehehehe..sungguh gembira...

Korang nampak tak? tue pulau yang kecik tue..itu la Pulau Jerejak..kalau tak silap aku berenang pun sampai..tapi selepas 2 kali lemas la..hehehehe..Dulu orang sangat takut pergi pulau ni..kata mereka tempat orang buangan..hehehehe..


Ermmm..banyak juga la pengalaman baru masa bercuti kat sini...yang paling tak kan dilupakan adalah masa pergi shopping kat Pagoda....first time aku dilayan sebegitu rupa..peniaga2 kat sini kan kalau korang dah tengok2 barang kat kedai dia...dah tanya harga..pastu korang nak jalan lagi ke depan...diaorang tarik tangan tau...nak kita beli jugak barang diaorang..diaorang pulak yg tawarkan harga...turun pulak tue melampau-lampau...macam satu barang nie..aku beli ngan harga RM 20...harga mula-mula RM 80...entah la..tapi memang murah la..kat sini t-shirt murah2..T-shirt yg tulis penang tue..biasa kat tempat lain t-shirt macam tue dapat RM 12 tau..sini RM 5 jer..


Inilah adik-adik Jaksa 08/09 dan Mantan Jaksa yang dapat hadir Kursus nie..semua mereka gembira je masa kat sana..aku tak de dalam gambar masa nie..sebab aku sibuk pg shopping hamper ngan cik Tim, Zuhri dan Amalina kat Penang..hehehehe..haa..pada kawan2 dan adik-adik kolej Amin..nie la muka-muka Jaksa korang tahun nie..hehehehe..nanti boleh la korang bagi kerjasama kat diaorang ek..utk hari keluarga ABC, Karisma dan Abadi..dan banyak lagi la program kolej...

Aih..rasa penat plak menulis nie..nanti aku sambung lagi..nak g makan kat maple jap..hehehehe..

Sunday, May 18, 2008

Lagu dari penjara

http://www.youtube.com/watch?v=HugyqwE24cY&feature=related

cerita pasal video ini ada masuk dalam akhbar metro hari ini..sudah lama di postkan ke dalam youtube..mungkin setahun lepas..sangat sedih..ambil lah kisah ini sebagai ikhtibar bagi kita semua..

Wednesday, May 14, 2008

Alhamdullillah...

Hampir 3 minggu lebih saya tidak menulis didalam blog ini...hati terasa sangat ingin menulis dan berkongsi cerita..namun kekangan masa menyebabkan saya menangguhkan segala niat tersebut...Alhamdulillah, 3 minggu terakhir ini saya lalui dengan tabah sekali..bebanan penulisan tesis hampir berakhir..namun dugaan dan cabaran hidup tidak berakhir disitu..

1 minggu lepas saya dikejutkan dengan berita mak saya dimasukkan ke Hospital dan keadaan mak amat tenat sekali...lantas saya terus pulang ke kampung untuk melihat keadaan mak...mak sememangnya sudah lama menghidap penyakit kencing manis...namun tak de la sampai dimasukkan ke Wad..Perjalan selama tujuh jam saya lalui dengan memandu dari Bangi ke Kampung..amat penat sekali...sesampai di rumah jam 3 pagi..saya terus tidur..keesokannya pergi melawat mak di Hospital Setiu (Hospital Daerah)...Hospitalnya luas sekali mengingatkan saya tentang Hospital Serdang yang pernah saya kunjungi beberapa kali..namun disana hanya sedikit kakitangan dan tenaga pakar yang ada kurang..kalau tak silap hanya ada 4 kakitangan yang bergelar Dr.

Mmm..hari pertama mengunjungi mak..mak dalam keadaan ok...boleh bercakap dengan kami..cuma menggunakan alat bantuan pernafasan..Dr menyatakan bahawa ingin memindahkan mak ke Hospital Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah) kerana katanya mak perlu dirawat disana..menurut Dr..paru2 mak hanya sebelah saja yang berfungsi..Keesokannya aku pergi melawat mak lagi..namun hari ini amat sedih bagi aku dan keluarga...selepas sarapan pagi..mak disuntik dengan antibiotik..mak sesak nafas dan selepas itu tidak sedarkan diri..akibatnya mak dipindahkan ke Hospital Kuala terengganu dengan segera menggunakan Ambulans..mak sememangnya alergik terhadap antibiotik..cuma Dr di Klinik Ihsan saja yang tahu mengenai antibiotik yang sesuai untuk mak..kami sekeluarga amat sedih..semua adik beradik yang sepuluh orang semuanya datang melawat mak...

Hari pertama mak di HSNZ, mak dalam keadaan kritikal...tak sedarkan diri...banyak wayar2 dipasang dibadannya...sangat sedih melihat mak dalam keadaan tersebut...pelbagai perasaan datang dalam diri ini...hari keduanya keadaan mak bertambah ok dan mula sedar..mak mendengar percakapan kami...hari2 berikutnya mak bertambah ok..setakat ini keadaan mak bertambah ok..cuma masih lagi terdapat paip ataupun salur yang disambungkan ke paru2nya..air masih lagi keluar..Dr masih lagi belum mengenal pasti penyakit mak...

Alhamdullillah..mak semakin sihat..aku amat bersyukur kepada Allah..banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh mak sakit dan berada di Hospital...teringat balik segala tingkah laku aku kepada mak..mungkin ada sesetengahnya yang mengguriskan hati mak...kerana aku ini amat degil..sangat..terfikir balik di benakku..masa yang dikongsi aku dengan mak sangat sedikit...memang sedikit..kalau diikutkan..cuma masa sekolah rendah saja aku ada 7 hari seminggu di rumah..namun masa itu aku sangat nakal..mungkin paling nakal dalam keluarga...semasa di sekolah menengah aku masuk asrama..so cuma 2 hari dalam tempoh 2 minggu aku di rumah..selepas itu..masuk matrik..cuma 3 hari dalam 2 bulan aku bersama mak..semasa di universiti ini..sememangnya aku jarang2 balik..itupun kalau diminta pulang oleh keluarga...alasan aku sibuk..sememangnya aku sibuk..namun kini aku menyesal dan mengerti..aku perlu meluangkan lebih masa bersama keluarga..mungkin sekali sebulan balik ke rumah...aku sangat rindu mak..sekarang ini aku menantikan hari yang sesuai untuk pulang..mak..Selamat Hari Ibu..semoga mak bertambah sihat..terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan supaya mak sembuh..kepada adik beradikku pula..sama-sama kita jaga mak ye..aku sayang kamu semua..

Tuesday, April 22, 2008

Isu Royalti Minyak..apa pendapat penduduk Terengganu?

Sebagai seorang rakyat terengganu..saya amat tertarik dengan dua keratan akhbar pada hari ini yang diambil dari dua sumber berbeza iaitu Berita Harian dan Harakah.. sengaja saya masukkan ke dalam blog ini sebagai sumber pembacaan kawan2 terutamanya kawan2 senegeri iaitu dari Terengganu Darul iman..selamat membaca

Wang ihsan bantu majukan Terengganu

Oleh Azman Zakaria dan Shaarani Ismail
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kaedah pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan Terengganu, berjaya membantu kerajaan negeri berkenaan untuk berjaya selama ini. Perdana Menteri berkata, sudah ada kaedah diwujudkan iaitu melalui pemberian wang ihsan yang banyak membantu kerajaan negeri berkenaan. "Ada satu kaedah yang kita buat... dengan kewujudan wang ihsan, ini sebenarnya membantu Kerajaan Terengganu selama ini untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama merasmikan Dialog Integriti Asean 2008, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kelmarin, yang meminta kerajaan Pusat menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri berkenaan. Wang berkenaan, yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), diminta supaya diberikan kepada Terengganu bagi membolehkan ia digunakan bagi membiayai pelbagai projek pembangunan untuk rakyat. Ahmad berkata, penyerahan semula hak pengurusan wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik pada 2000 ketika pentadbiran Pas, akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek yang sesuai dengan keperluan tempatan.
Nilai wang royalti minyak itu dianggarkan RM1 bilion setahun. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti minyak lima peratus kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan melalui projek pembangunan dan bukan dibayar kepada kerajaan negeri. Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyokong saranan Ahmad yang mahu pengurusan royalti minyak yang dihentikan dan digantikan dengan nama Wang Ihsan dan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, berkata isu yang diketengahkan itu adalah isu rakyat dan didukungi seluruh lapisan masyarakat.
"Daripada maklumat yang kami peroleh, rakyat Sabah dan Sarawak ketika ini menikmati hasil royalti sebanyak lima peratus dan dijangka kedua-dua negeri ini juga akan mendapat tambahan lima peratus lagi dan menjadikan mereka mendapat royalti sebanyak 10 peratus. "Yang menjadi persoalannya, kenapa rakyat Terengganu dinafikan hak mendapat semula royalti sedangkan di antara Terengganu, Sabah dan Sarawak, ketiga-tiganya mempunyai perjanjian serupa," katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu. Mohamad Fauzi berkata, apa yang dibangkitkan Ahmad itu sangat jelas kerana ia bertujuan menuntut semula hak rakyat Terengganu dan ia tidak berkaitan dengan politik. "Mampat rasa tidak keterlaluan untuk rakyat Terengganu menuntut pengurusan royalti minyak dikembalikan seperti dinikmati Sabah dan Sarawak kerana Terengganu adalah pengeluar minyak tertinggi negara. "Ini adalah isu lama, matlamat Mampat adalah untuk membantu rakyat Terengganu yang miskin mendapatkan semula hak mereka," katanya.


Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu merana

Suhaimi Taib Tue Apr 22, 08 11:57:55 am MYT
Harakah

Nampaknya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) melancarkan perang terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila tidak berhasrat untuk mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas sebagaimana perjanjian kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang sepatutnya diterima secara tunai sebanyak lima peratus setahun. -->-->
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dilaporkan menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.
"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Abdullah di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 hari semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.
Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu sepatutnya memperolehi royalti minyak setahun memandangkan kenaikan mendadak harga minyak dunia, lebih USD100 setong sekarang.
Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan lima peratus wang royalti minyak kepada negeri itu dan wang itu pula diserahkan kepada kerajaan tersebut diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang Disatukan sekaligus menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri secara undang-undang.
Dengan tindakan tersebut Perdana Menteri tidak mengiktiraf lagi perjanjian tersebut walaupun beliau tidak mengatakan perjanjian itu batal. Tetapi dengan tindak tanduknya yang serupa dengan bekas perdana menteri lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah perjanjian itu terbatal dengan sendirinya.
Dengan kerajaan sendiri pun, Abdullah masih tidak terbuka dan mengiktiraf perjanjian pemberian royalti petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sedangkan di negeri lain seperi Sabah dan Sarawak, perjanjian itu masih berjalan seperti dahulu tanpa gangguan .
Malah difahamkan kedua-dua negeri berkenaan akan menerima lima peratus lagi royalti petroleum dan gas tidak lama lagi.
Apakah beliau berdendam dengan Ahmad atau dengan pihak lain di Terengganu, tidaklah diketahui.
Apakah Abdullah mahu melihat demonstrasi besar-besaran rakyat berlaku di Terengganu, menuntut royalti petroleum dan gas di kembalikan kepada kerajaan Terengganu? Rasanya tidak sukar ia dibuat jika ada penggeraknya apa lagi jika disokong kerajaan negeri sendiri.
Pokoknya kerajaan di bawah Dato' Ahmad dan rakyat Terengganu tidak boleh menerima keputusan Kerajaan Pusat yang masih enggan menyerahkan semula wang royalti itu.
Apa yang dinyatakan oleh Abdullah hanya satu alasan yang dibuat-buat untuk membolehkan tindakannya tidak mengembalikan wang rakyat itu.
Apa motif sebenarnya tindakan Abdulah di sebalik keenggannya menyerah wang itu? Mungkin umum boleh membaca dan membuat andaian. Pertama projek yang dilaksanakan dengan menggunakan wang tersebut masih belum selesai spenuhnya.
Ini termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bernilai kira-kira RM300 juta, Monsoon Cup yang perbelanjaan sebanyak kira-kira RM300 juta lagi. Ia mempunyai kontrak selama lapan tahun mulai 2005.
Selain itu projek Tamadun Ilmu dan Masjid Hadhari masing-masing di Besut bernilai beratus-ratus juta ringgit, semuanya menerima peruntukan dari wang tersebut yang kini bertukar menjadi Dana Khas (sebelum ini di pangil Wang Ehsan).
Kedua, orang yang bekerja keras mendokong projek berkenaan, Dato' Seri Idris Jusoh, sekarang tidak lagi menajdi menteri besar. Idris adalah orang Abdullah manakala Ahmad menteri besar yang diperkenan oleh istana dan rakyat.
Justeru kesinambungannya tidak ada. Lagi pun jika wang itu dikembalikan sebagai royalti, dipercayai Abdullah dan kroninya tidak dapat lagi menggunakan wang itu untuk meneruskan projek yang dirancang dengan bebas tanpa sebarang auditan sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Tidak diaudit bererti penyalahgunaan wang berkenaan tidak akan terdedah kepada umum dengan mudah. Justeru, kroni dan keluarga Abdullah yang dipercayai terbabit dengan projek raksaksa di Terengganu itu begitu mudah mendapat habuan tanpa memperdulikan samada ia bertentangan dengan peraturan atau tidak.
Dipercayai inilah untungnya bagi Abdullah dan anak menantunya, Khairy Jamaluddin dan kroni mereka Patrick Lim mengekalkan Terenganu tidak menerima wang royalti petroleum.
Sekarang siapa yang mahu dipersalahkan? Umno Terengganu di bawah Idris Jusoh sebagai Pengerusi Perhubunganya perlu dipersalahkan. Merekalah dikatakan menjadi punca royalti petroleum bertukar menjadi Dana Khas.
Inilah akibatnya apabila keangkuhan dan dendam kesumat bertakhta dalam politik negara. Kepentingan jangka panjang untuk rakyat terengganu diketepikan begitu sahaja kerana dendam itu dan permusuhan Umno terhadap kerajaan PAS Terengganu sedikit masa lalu.
Sekarang siapa yang susah? Rakyat dan Kerajaan Terengganu di bawah Dato' Ahmad yang susah.
Penulis amat tersinggung dengan tindakan politik tidak berperikemanusiaan ini.

Kedua-dua petikan ini telah saya baca..dan anda sebagai pembaca haruslah menilai dengan sebaiknya.

Monday, April 21, 2008

Penempatan Sem 3

assalamualaikum..
kepada adik2 kolej aminuddin baki yang ada bertanyakan kepada saya pasal status penginapan semasa sem 3..diharap adik2 dapat merujuk pihak kolej..bertanyakan pasal ini..setahu saya..mengikut apa yang diberitahu kepada saya..warga kolej aminuddin baki yang memohon untuk tinggal semasa semester 3 akan dapat ditempatkan di kolej aminuddin baki...jadi adik2 jangan bimbang ye..tumpukan kepada peperiksaan yang akan adik2 tempuhi..semoga adik2 semua mendapat result yang baik2 semua...selamat belajar..jangan lupa tumpukan juga pada kesihatan adik2 ye..salam sayang daripada abg senior..bye..

info tambahan..kepada warga kolej aminuddin baki yg memohon penginapan sem 3 (yang menghantar borang)..saya diberitahu bahawa anda semua dapat menginap di kolej aminuddin baki..sistem online mengenai status penginapan semester 3 hanya melibatkan 3 kolej sahaja yg ditawarkan oleh unit perumahan..harap semua faham..tq

Tuesday, April 15, 2008

Peperiksaan oh Peperiksaan...




Tanggal 2o April hingga 10 Mei ini adalah tempoh bagi adik-adik undergraduate menghadapi peperiksaan. Diharap adik-adik semua sudah bersedia menghadapi tarikh ini daripada segi mental dan fizikal disamping kesihatan yang perlu dijaga. Tempoh yang masih ada ini haruslah digunakan semaksima mungkin bagi mengulangkaji pelajaran dan melakukan latih tubi. Kurangkan aktiviti yang kurang berfaedah dan utamakanlah peperiksaan terlebih dahulu. Kepada adik-adik yang sangat "addicted" bermain game atau apa-apa talian internet seperti yahoo messengger, friendster dan sebagainya rasanya bolehlah dikurangkan sedikit masa untuk aktiviti tersebut. Tumpuan utama adik-adik haruslah kepada peperiksaan akhir ini. Dapatkanlah keputusan yang baik yang boleh membanggakan Ayah dan Ibu adik-adik. Disini saya sediakan beberapa laman web yang boleh adik-adik rujuk bagi mendapatkan tip-tip menghadapi peperiksaan. Silalah lawat...selamat berusaha dan berjaya...

http://www.tutor.com