Tuesday, April 22, 2008
Isu Royalti Minyak..apa pendapat penduduk Terengganu?
Wang ihsan bantu majukan Terengganu
Oleh Azman Zakaria dan Shaarani Ismail
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kaedah pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan Terengganu, berjaya membantu kerajaan negeri berkenaan untuk berjaya selama ini. Perdana Menteri berkata, sudah ada kaedah diwujudkan iaitu melalui pemberian wang ihsan yang banyak membantu kerajaan negeri berkenaan. "Ada satu kaedah yang kita buat... dengan kewujudan wang ihsan, ini sebenarnya membantu Kerajaan Terengganu selama ini untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama merasmikan Dialog Integriti Asean 2008, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kelmarin, yang meminta kerajaan Pusat menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri berkenaan. Wang berkenaan, yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), diminta supaya diberikan kepada Terengganu bagi membolehkan ia digunakan bagi membiayai pelbagai projek pembangunan untuk rakyat. Ahmad berkata, penyerahan semula hak pengurusan wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik pada 2000 ketika pentadbiran Pas, akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek yang sesuai dengan keperluan tempatan.
Nilai wang royalti minyak itu dianggarkan RM1 bilion setahun. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti minyak lima peratus kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan melalui projek pembangunan dan bukan dibayar kepada kerajaan negeri. Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyokong saranan Ahmad yang mahu pengurusan royalti minyak yang dihentikan dan digantikan dengan nama Wang Ihsan dan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, berkata isu yang diketengahkan itu adalah isu rakyat dan didukungi seluruh lapisan masyarakat.
"Daripada maklumat yang kami peroleh, rakyat Sabah dan Sarawak ketika ini menikmati hasil royalti sebanyak lima peratus dan dijangka kedua-dua negeri ini juga akan mendapat tambahan lima peratus lagi dan menjadikan mereka mendapat royalti sebanyak 10 peratus. "Yang menjadi persoalannya, kenapa rakyat Terengganu dinafikan hak mendapat semula royalti sedangkan di antara Terengganu, Sabah dan Sarawak, ketiga-tiganya mempunyai perjanjian serupa," katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu. Mohamad Fauzi berkata, apa yang dibangkitkan Ahmad itu sangat jelas kerana ia bertujuan menuntut semula hak rakyat Terengganu dan ia tidak berkaitan dengan politik. "Mampat rasa tidak keterlaluan untuk rakyat Terengganu menuntut pengurusan royalti minyak dikembalikan seperti dinikmati Sabah dan Sarawak kerana Terengganu adalah pengeluar minyak tertinggi negara. "Ini adalah isu lama, matlamat Mampat adalah untuk membantu rakyat Terengganu yang miskin mendapatkan semula hak mereka," katanya.
Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu merana
Suhaimi Taib Tue Apr 22, 08 11:57:55 am MYT
Harakah
Nampaknya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) melancarkan perang terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila tidak berhasrat untuk mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas sebagaimana perjanjian kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang sepatutnya diterima secara tunai sebanyak lima peratus setahun. -->-->
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dilaporkan menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.
"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Abdullah di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 hari semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.
Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu sepatutnya memperolehi royalti minyak setahun memandangkan kenaikan mendadak harga minyak dunia, lebih USD100 setong sekarang.
Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan lima peratus wang royalti minyak kepada negeri itu dan wang itu pula diserahkan kepada kerajaan tersebut diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang Disatukan sekaligus menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri secara undang-undang.
Dengan tindakan tersebut Perdana Menteri tidak mengiktiraf lagi perjanjian tersebut walaupun beliau tidak mengatakan perjanjian itu batal. Tetapi dengan tindak tanduknya yang serupa dengan bekas perdana menteri lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah perjanjian itu terbatal dengan sendirinya.
Dengan kerajaan sendiri pun, Abdullah masih tidak terbuka dan mengiktiraf perjanjian pemberian royalti petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sedangkan di negeri lain seperi Sabah dan Sarawak, perjanjian itu masih berjalan seperti dahulu tanpa gangguan .
Malah difahamkan kedua-dua negeri berkenaan akan menerima lima peratus lagi royalti petroleum dan gas tidak lama lagi.
Apakah beliau berdendam dengan Ahmad atau dengan pihak lain di Terengganu, tidaklah diketahui.
Apakah Abdullah mahu melihat demonstrasi besar-besaran rakyat berlaku di Terengganu, menuntut royalti petroleum dan gas di kembalikan kepada kerajaan Terengganu? Rasanya tidak sukar ia dibuat jika ada penggeraknya apa lagi jika disokong kerajaan negeri sendiri.
Pokoknya kerajaan di bawah Dato' Ahmad dan rakyat Terengganu tidak boleh menerima keputusan Kerajaan Pusat yang masih enggan menyerahkan semula wang royalti itu.
Apa yang dinyatakan oleh Abdullah hanya satu alasan yang dibuat-buat untuk membolehkan tindakannya tidak mengembalikan wang rakyat itu.
Apa motif sebenarnya tindakan Abdulah di sebalik keenggannya menyerah wang itu? Mungkin umum boleh membaca dan membuat andaian. Pertama projek yang dilaksanakan dengan menggunakan wang tersebut masih belum selesai spenuhnya.
Ini termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bernilai kira-kira RM300 juta, Monsoon Cup yang perbelanjaan sebanyak kira-kira RM300 juta lagi. Ia mempunyai kontrak selama lapan tahun mulai 2005.
Selain itu projek Tamadun Ilmu dan Masjid Hadhari masing-masing di Besut bernilai beratus-ratus juta ringgit, semuanya menerima peruntukan dari wang tersebut yang kini bertukar menjadi Dana Khas (sebelum ini di pangil Wang Ehsan).
Kedua, orang yang bekerja keras mendokong projek berkenaan, Dato' Seri Idris Jusoh, sekarang tidak lagi menajdi menteri besar. Idris adalah orang Abdullah manakala Ahmad menteri besar yang diperkenan oleh istana dan rakyat.
Justeru kesinambungannya tidak ada. Lagi pun jika wang itu dikembalikan sebagai royalti, dipercayai Abdullah dan kroninya tidak dapat lagi menggunakan wang itu untuk meneruskan projek yang dirancang dengan bebas tanpa sebarang auditan sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Tidak diaudit bererti penyalahgunaan wang berkenaan tidak akan terdedah kepada umum dengan mudah. Justeru, kroni dan keluarga Abdullah yang dipercayai terbabit dengan projek raksaksa di Terengganu itu begitu mudah mendapat habuan tanpa memperdulikan samada ia bertentangan dengan peraturan atau tidak.
Dipercayai inilah untungnya bagi Abdullah dan anak menantunya, Khairy Jamaluddin dan kroni mereka Patrick Lim mengekalkan Terenganu tidak menerima wang royalti petroleum.
Sekarang siapa yang mahu dipersalahkan? Umno Terengganu di bawah Idris Jusoh sebagai Pengerusi Perhubunganya perlu dipersalahkan. Merekalah dikatakan menjadi punca royalti petroleum bertukar menjadi Dana Khas.
Inilah akibatnya apabila keangkuhan dan dendam kesumat bertakhta dalam politik negara. Kepentingan jangka panjang untuk rakyat terengganu diketepikan begitu sahaja kerana dendam itu dan permusuhan Umno terhadap kerajaan PAS Terengganu sedikit masa lalu.
Sekarang siapa yang susah? Rakyat dan Kerajaan Terengganu di bawah Dato' Ahmad yang susah.
Penulis amat tersinggung dengan tindakan politik tidak berperikemanusiaan ini.
Kedua-dua petikan ini telah saya baca..dan anda sebagai pembaca haruslah menilai dengan sebaiknya.
Monday, April 21, 2008
Penempatan Sem 3
kepada adik2 kolej aminuddin baki yang ada bertanyakan kepada saya pasal status penginapan semasa sem 3..diharap adik2 dapat merujuk pihak kolej..bertanyakan pasal ini..setahu saya..mengikut apa yang diberitahu kepada saya..warga kolej aminuddin baki yang memohon untuk tinggal semasa semester 3 akan dapat ditempatkan di kolej aminuddin baki...jadi adik2 jangan bimbang ye..tumpukan kepada peperiksaan yang akan adik2 tempuhi..semoga adik2 semua mendapat result yang baik2 semua...selamat belajar..jangan lupa tumpukan juga pada kesihatan adik2 ye..salam sayang daripada abg senior..bye..
info tambahan..kepada warga kolej aminuddin baki yg memohon penginapan sem 3 (yang menghantar borang)..saya diberitahu bahawa anda semua dapat menginap di kolej aminuddin baki..sistem online mengenai status penginapan semester 3 hanya melibatkan 3 kolej sahaja yg ditawarkan oleh unit perumahan..harap semua faham..tq
Tuesday, April 15, 2008
Peperiksaan oh Peperiksaan...
Tanggal 2o April hingga 10 Mei ini adalah tempoh bagi adik-adik undergraduate menghadapi peperiksaan. Diharap adik-adik semua sudah bersedia menghadapi tarikh ini daripada segi mental dan fizikal disamping kesihatan yang perlu dijaga. Tempoh yang masih ada ini haruslah digunakan semaksima mungkin bagi mengulangkaji pelajaran dan melakukan latih tubi. Kurangkan aktiviti yang kurang berfaedah dan utamakanlah peperiksaan terlebih dahulu. Kepada adik-adik yang sangat "addicted" bermain game atau apa-apa talian internet seperti yahoo messengger, friendster dan sebagainya rasanya bolehlah dikurangkan sedikit masa untuk aktiviti tersebut. Tumpuan utama adik-adik haruslah kepada peperiksaan akhir ini. Dapatkanlah keputusan yang baik yang boleh membanggakan Ayah dan Ibu adik-adik. Disini saya sediakan beberapa laman web yang boleh adik-adik rujuk bagi mendapatkan tip-tip menghadapi peperiksaan. Silalah lawat...selamat berusaha dan berjaya...
http://www.tutor.com
Sunday, April 13, 2008
Percutian Ke Pulau Redang
Jika satu hari anda ingin melancong ke Pulau Redang dan inginkan satu pakej yang agak menjimatkan dan agak menarik...anda bolehlah kiranya menggunakan pakej yang ditawarkan oleh salah satu Resort di pulau peranginan tersebut iaitu Redang Lagoon. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bilangan hari anda menginap ataupun jenis bilik yang anda kehendaki. anda bolehlah melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
http://www.redanglagoon.com/
Masalah Mental
Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental
SUNGAI PETANI 22 Nov. - Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.
“Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
Chua berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 paratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.
“Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi, manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh,” kata beliau.
Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.
Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikitiari kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.
“Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila’ dan ini menyebabkan kursus perubatan psikitiari tidak begitu popular sehingga sekarang,” kata beliau.
Katanya, setakat ini, cuma terdapat 145 orang pakar psikitiari dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikitiari.
Chua berkata, sehubungan itu, kerajaan mahu usaha mempertingkat kesedaran mengenai kesihatan mental ditambah.
- Berikut adalah petikan daripada surat khabar pada satu hari dulu..isu ini saya timbulkan kini kerana melihat kepada masalah mental yang berlaku pada kawan saya sekarang. Pada masa kini, dengan tekanan untuk menghadapi Final exam dan pelbagai assignment yang harus disiapkan boleh menyebabkan tekanan yang amat kuat dan boleh menyebabkan KEMENTALAN ini berlaku..
Salam Perkenalan
Hari ini 13 April 2008, bermulalah satu arena baru dalam hidup Amiran Bin Ngah kerna pada hari ini aku mula menyertai Arena Blog ini..sebelum ini tidak pernah terdetik pun dihati ini untuk terlibat sama dalam penulisan Blog kerna pelbagai momokan negatif yang aku dengar mengenainya..Namun kini langkah kebanyakan Pemimpin negara kita yang mula menyertai arena ini mula menyedarkan aku betapa bergunanya blog ini kepada kita semua..kerna melaluinya kita boleh berkongsi pelbagai perkara..bagi aku pula, arena blog ini akan aku gunakan untuk berkongsi pengalaman hidup ini yang mungkin sedikit sebanyak dapat digunakan oleh orang lain..selain itu bolehlah kiranya aku menggunakan masa lapangku dengan lebih berfaedah rasanya melalui penulisan blog ini dari terlibat sama dengan pelbagai masalah sosial remaja yang melanda negara kita pada hari ini seperti lumba haram, pergaulan bebas, black metal dan sebagainya..ingatlah wahai anak muda..keringat anda diperlukan untuk terus mengangkat nama Malaysia di persada Dunia..he..he..he..terlalu bersemangat pula aku ini..diharap kepada para pembaca bolehlah sama-sama kita berkongsi pendapat dan meluahkan rasa yang patut di dalam blog saya ini...selamat datang kepada anda..semoga kita semua berjaya..amin