Monday, November 10, 2008

FEI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP 2008

TERENGGANU-MALAYSIA
6-9 NOVEMBER 2008
Terengganu International Endurance Park (TIEP)
Lembah Bidong, Setiu, Terengganu


Salam...Pertandingan ini telah pun berlangsung di Lembah Bidong aka Kg Ru Tapai, Merang, Setiu..jadi selaku orang kampung, aku tidak terlepas sama sekali menyaksikan pertandingan ini apatah lagi yang menjadi pesertanya adalah yang dikasihi Tuanku Sultan Terengganu sendiri yang juga Yang Dipertuan Agung..Sultan Mizan Zainal Abidin...sambutan rakyat Terengganu khususnya pada hari tersebut amat menggalakkan (Boleh lihat suasana sesak didalam gambar)...beberapa gambar yang sempat saya ambil saya sertakan disini..apa yang paling saya kagumi adalah dari segi tajaan yang diterima daripada beberapa syarikat besar seperti Sime Darby ( kereta)...namun ada beberapa aspek yang mungkin boleh ditambah pada kejohanan akan datang...seperti dengan mengadakan karnival jualan ataupun pameran berkenaan kuda kepada orang ramai kerana pada pemerhatian saya kebanyakan pengunjung mengeluh kerana sedikit sahaja pengisian yang terdapat ditempat kejohanan...selain daripada persembahan artis-artis AF..diharap kejohanan pada masa akan datang lebih meriah..anda bolehlah melihat sedikit gambar dibawah ini..hehehehe..



























Sunday, November 2, 2008

Gambar Gala Aidilfitri II Alumni KAB

Gala Aidilfitri II Alumni KAB diadakan pada 25 Oktober 2008 bertempat di D'Tasik Restaurant UNITEN bermula jam 8 malam hingga 11.30 malam. Pada malam tersebut, seramai 40 orang Alumni telah berkumpul dan memeriahkan lagi suasana program...kita lihat gambar2 dibawah ye..
























Monday, October 13, 2008

Menu Gala Aidilfitri Alumni KAB

Masa: 25 Oktober 2008
Tempat: Residence Hotel

Menu/Hidangan

Aneka Sate Kajang beserta kuah kacang
Soto Ayam
Ketupat, Lemang dan Nasi Impit
Serunding Daging
Rendang Daging Tok
Ayam Merah Madu
Sayur Lodeh Madura
Mini Chicken Murtabak dengan Dhall Kari
Mee Goreng Mamak
Vegetables Spring Roll-Sweet Chilli Sauce
Rojak Pasembur Penang
Popia Basah
Cucur Udang
Keropok udang dan Ikan dan Papadom
Bubur Cha-Cha
Kuih Koci,Talam Tepung,Kuih Lapis dan Bingka Labu
Assortment of Pastries
Kuih Raya
Teh tarik
Kordial
Aneka buah-buahan tempatan

Sunday, October 12, 2008

Menang lagi

Tahniah saya ucapkan kepada Bekas Penyelia saya Prof Mohamad Osman dan rakan-rakan Makmal Biakbaka Tumbuhan kerana memenangi 2 Pingat Emas dan The Best Award dalam Pameran BioMalaysia yang dianjurkan di KLCC baru-baru ini...seperti biasa Group kami memenangi pingat lagi malah kali ini 2 pingat Emas sekali bagi Poster Padi dan Roselle..tahniah saya ucapkan...saya amat sedih kerana tidak dapat menyertai kerana bekerja...huhuhu...

Monday, September 22, 2008

Alumni Homecoming Golf 2008

Aku ambil gambar nie dari laman web UKM. Program ini merupakan salah satu program Alumni UKM yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UKM. Berminat? Bolehlah hubungi no. yang tertera...Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Selamat Maju Jaya

Disini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang akan meninggalkan kami di Kolej Aminuddin Baki. Aku harap kamu semua berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jangan lupa kami disini ya...ada masa datang-datang la melawat kami...yang paling penting, kalau kawin jangan lupa jemput..hehehehe...



Mohd Anif Ramli (Ketua Felo)


Nik Khairul Hisham (Felo Informasi & Penerbitan)