Monday, October 13, 2008

Menu Gala Aidilfitri Alumni KAB

Masa: 25 Oktober 2008
Tempat: Residence Hotel

Menu/Hidangan

Aneka Sate Kajang beserta kuah kacang
Soto Ayam
Ketupat, Lemang dan Nasi Impit
Serunding Daging
Rendang Daging Tok
Ayam Merah Madu
Sayur Lodeh Madura
Mini Chicken Murtabak dengan Dhall Kari
Mee Goreng Mamak
Vegetables Spring Roll-Sweet Chilli Sauce
Rojak Pasembur Penang
Popia Basah
Cucur Udang
Keropok udang dan Ikan dan Papadom
Bubur Cha-Cha
Kuih Koci,Talam Tepung,Kuih Lapis dan Bingka Labu
Assortment of Pastries
Kuih Raya
Teh tarik
Kordial
Aneka buah-buahan tempatan

Sunday, October 12, 2008

Menang lagi

Tahniah saya ucapkan kepada Bekas Penyelia saya Prof Mohamad Osman dan rakan-rakan Makmal Biakbaka Tumbuhan kerana memenangi 2 Pingat Emas dan The Best Award dalam Pameran BioMalaysia yang dianjurkan di KLCC baru-baru ini...seperti biasa Group kami memenangi pingat lagi malah kali ini 2 pingat Emas sekali bagi Poster Padi dan Roselle..tahniah saya ucapkan...saya amat sedih kerana tidak dapat menyertai kerana bekerja...huhuhu...

Monday, September 22, 2008

Alumni Homecoming Golf 2008

Aku ambil gambar nie dari laman web UKM. Program ini merupakan salah satu program Alumni UKM yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UKM. Berminat? Bolehlah hubungi no. yang tertera...Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Selamat Maju Jaya

Disini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang akan meninggalkan kami di Kolej Aminuddin Baki. Aku harap kamu semua berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jangan lupa kami disini ya...ada masa datang-datang la melawat kami...yang paling penting, kalau kawin jangan lupa jemput..hehehehe...



Mohd Anif Ramli (Ketua Felo)


Nik Khairul Hisham (Felo Informasi & Penerbitan)


Friday, September 19, 2008

Pameran yang pernah disertai




Malaysian Technology and Inovation (MTE)





MTE ni berlangsung di PWTC kalau tak silap. Masa nie aku sebagai anak buah Prof Mohamad just datang jaga booth jer...hasil penyelidikan kami bagi tanaman padi dan roselle akhirnya tercatat jua dalam lembaran keras yg dinamakan poster..hehehehehe...seronok betul masa nie melayan orang ramai yg ingin tahu mengenai penyelidikan kami...lama dah tak pergi program macam nie...bila la akan diadakan lagi..huhuhu..

Tuesday, September 9, 2008

GALA AIDILFITRI ALUMNI KAB








Dengan segala Hormatnya, Saya selaku ketua Pengarah Gala Aidilfitri II Alumni Kolej Aminuddin Baki dengan ini menjemput semua alumni-alumni Kolej Aminudddin Baki untuk menyertai Program yang akan dianjurkan oleh kami ini.

Monday, September 1, 2008

CINTA PERTAMA

Manusia memiliki mimpi
ada yang mengejar dan mewujudkannya
ada yang mundur dan membuangnya
ada pula yang diam dan hanya menyimpannya sepanjang sisa hidupnya
dan aku hanya jadi manusia yang baik itu...